Kami menjaga keselamatan anda pada latar
Keselamatan Chrome yang dikuasakan AI melindungi anda daripada ancaman dalam talian dan penggodam serta memberi anda keyakinan semasa menyemak imbas web.
-
Semakan Keselamatan
Makluman keselamatan proaktif untuk ketenangan fikiran
Chrome berterusan menyemak jika penyemak imbas anda disediakan dengan selamat. Chrome memastikan bahawa anda memperoleh kemaskinian keselamatan terkini, menyemak kata laluan dan sambungan anda untuk potensi risiko keselamatan dan menetapkan semula kebenaran daripada laman yang tidak digunakan untuk melindungi privasi anda.
Penyemakan Imbas Selamat
Semak imbas dengan selamat atau pilih perlindungan tambahan
Password Manager
Log masuk dengan selamat dari mana-mana sahaja
Buat, simpan dan urus kata laluan yang selamat dengan Google Password Manager. Ciri ini dibina dalam Chrome supaya anda dapat log masuk ke laman dalam penyemak imbas Chrome dan apl anda, sama ada anda berada di rumah atau di tepi pantai.
Terokai PasswordTetapan privasi meletakkan kawalan di tangan anda
Panduan Privasi Chrome memudahkan pengawalan dan pemahaman terhadap tetapan privasi yang paling penting.
-
Panduan Privasi
Panduan mengurus privasi anda
Panduan Privasi ialah lawatan berpandu langkah demi langkah bagi kawalan privasi dan keselamatan kritikal dalam Chrome—supaya anda boleh membuat dan mengurus pilihan yang betul untuk diri anda pada satu tempat.
Kawalan privasi
Peribadikan privasi anda
Chrome membolehkan anda mengawal data anda dan cara data tersebut digunakan. Dengan kawalan privasi Chrome dalam tetapan, anda dapat memadamkan sejarah penyemakan imbas atau mengurus akses laman web kepada lokasi atau kamera anda.
Profil
Tukar kata laluan
Tetapan Chrome anda boleh dipisahkan mengikut akaun dengan Profil, sama ada untuk tujuan mewujudkan ruang antara kerja dengan peribadi atau berkongsi komputer anda dengan orang lain. Profil membantu anda menavigasi web mengikut cara anda, pada masa yang anda mahu.
Mod Inkognito
Anda menggunakan mod inkognito
Apabila anda menggunakan mod Inkognito Chrome, orang lain yang menggunakan peranti anda tidak akan dapat melihat aktiviti anda. Sejarah penyemakan imbas, kuki dan data laman anda atau maklumat yang dimasukkan dalam borang tidak akan disimpan, maka anda boleh menyemak imbas secara sulit. Hal ini tidak mengubah cara data dikumpulkan oleh laman web yang anda lawati dan perkhidmatan yang digunakan laman web tersebut.
Ketahui lebih lanjut tentangSumber tambahan
-
Pusat Keselamatan Google
Tetapan privasi yang dibina untuk anda. Privasi anda dilindungi oleh amalan data yang bertanggungjawab & teknologi privasi yang inovatif.
Ketahui tentang Pusat Keselamatan -
Privacy Sandbox
Inisiatif Privacy Sandbox bertujuan untuk mencipta teknologi yang melindungi privasi dalam talian orang ramai dan memberikan alatan kepada syarikat dan pembangun untuk membina pengalaman yang berkembang maju dalam talian.
Ketahui tentang Privacy -
Amalan Google AI yang bertanggungjawab
Kami komited untuk membangunkan dan menggunakan kecerdasan buatan secara bertanggungjawab di Google.
Ketahui tentang Google
-
Pusat Keselamatan Google
Tetapan privasi yang dibina untuk anda. Privasi anda dilindungi oleh amalan data yang bertanggungjawab & teknologi privasi yang inovatif.
Ketahui tentang Pusat Keselamatan -
Privacy Sandbox
Inisiatif Privacy Sandbox bertujuan untuk mencipta teknologi yang melindungi privasi dalam talian orang ramai dan memberikan alatan kepada syarikat dan pembangun untuk membina pengalaman yang berkembang maju dalam talian.
Ketahui tentang Privacy -
Amalan Google AI yang bertanggungjawab
Kami komited untuk membangunkan dan menggunakan kecerdasan buatan secara bertanggungjawab di Google.
Ketahui tentang Google