Halaman Notis Undang-undang untuk Data Penyenaraian Perniagaan
Berikut adalah pelbagai notis undang-undang yang wajib disediakan oleh Google mengikut undang-undang dan/atau mengikut kontrak ("Notis Undang-undang"). Notis Undang-undang tersebut adalah digabungkan sebagai rujukan kepada Syarat Perkhidmatan Google. Dengan menggunakan produk atau perkhidmatan Google yang termasuk data penyenaraian perniagaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada ciri apl mudah alih seperti ID pemanggil oleh Google ("Produk"), anda bersetuju untuk terikat dengan Notis Undang-undang ini. Melainkan dinyatakan sebaliknya, istilah berhuruf besar yang digunakan dalam Notis Undang-undang ini membawa seperti maksud yang diterangkan dalam Syarat Perkhidmatan Google.
Data Penyenaraian Perniagaan.
-
Penyenaraian Perniagaan Setempat Google di Perancis, Jerman, Belanda, Belgium, Denmark, Israel, Luxembourg, Monaco dan Maghribi.
Apabila anda mencari penyenaraian setempat di Perancis, Jerman, Belanda, Belgium, Denmark, Israel, Luxembourg, Monaco dan Maghribi, hasil carian anda mungkin termasuk kandungan (termasuk penyenaraian perniagaan dan maklumat berkaitan) yang dibekalkan oleh Kapitol S.A. (menggunakan nama dagangan Infobel) ("Kandungan Infobel"). Hak harta intelek dalam Kandungan Infobel dimiliki oleh Kapitol S.A. atau pemberi lesennya. Kandungan Infobel hanya boleh digunakan menurut Syarat Perkhidmatan ini serta terma dan syarat Kapitol S.A. yang bersesuaian. Sekiranya anda mengetahui bahawa penyenaraian perniagaan anda disediakan oleh Kapitol S.A. dan anda mempunyai apa-apa pertanyaan tentang perkara itu, anda boleh terus menghubungi mereka.
-
Penyenaraian Perniagaan Setempat Google di Brazil
Apabila anda mencari penyenaraian setempat di Brazil, hasil carian anda mungkin termasuk kandungan (termasuk penyenaraian perniagaan dan maklumat berkaitan) yang dibekalkan oleh TeleListas S/A. Hak harta intelek dalam kandungan ini dimiliki oleh TeleListas atau pemberi lesennya dan hanya boleh digunakan menurut Syarat Perkhidmatan ini dan mana-mana terma dan syarat TeleListas yang bersesuaian. Jika anda mengetahui bahawa penyenaraian perniagaan anda dibekalkan oleh TeleListas dan anda mempunyai apa-apa pertanyaan tentang perkara itu, anda boleh terus menghubungi mereka.
-
Penyenaraian Perniagaan Setempat Google di Turki
Apabila anda mencari penyenaraian setempat di Turki, hasil carian anda mungkin termasuk kandungan (termasuk penyenaraian perniagaan dan maklumat berkaitan) yang dibekalkan oleh Turkey Yellow Pages (Yellow.com.tr). Hak harta intelek dalam kandungan ini dimiliki oleh Turkey Yellow Pages atau pemberi lesennya dan hanya boleh digunakan menurut Syarat Perkhidmatan ini dan mana-mana terma dan syarat Turkey Yellow Pages yang bersesuaian. Jika anda mengetahui bahawa penyenaraian perniagaan anda dibekalkan oleh Turkey Yellow Pages dan anda mempunyai apa-apa pertanyaan tentang perkara itu, anda boleh menghubungi mereka secara terus.
-
Penyenaraian Perniagaan Setempat Google di Kenya
Apabila anda mencari penyenaraian setempat di Kenya, hasil carian anda mungkin termasuk kandungan (termasuk penyenaraian perniagaan dan maklumat berkaitan) yang dibekalkan oleh Yellow Pages Kenya Ltd (www.yellow.co.ke). Hak harta intelek dalam kandungan ini dimiliki oleh Yellow Pages Kenya atau pemberi lesennya dan hanya boleh digunakan menurut Syarat Perkhidmatan ini dan mana-mana terma dan syarat Yellow Pages Kenya Ltd yang bersesuaian. Jika anda mengetahui bahawa penyenaraian perniagaan anda dibekalkan oleh Yellow Pages Kenya Ltd dan anda mempunyai apa-apa pertanyaan tentang perkara itu, anda boleh menghubungi mereka secara terus.
-
Penyenaraian Perniagaan Setempat Google di Mesir
Apabila anda mencari penyenaraian setempat di Mesir, hasil carian anda mungkin termasuk kandungan (termasuk penyenaraian perniagaan dan maklumat berkaitan) yang dibekalkan oleh Egypt Yellow Pages Limited (yellow.com.eg). Hak harta intelek dalam kandungan ini dimiliki oleh Egypt Yellow Pages Limited atau pemberi lesennya dan hanya boleh digunakan menurut Syarat Perkhidmatan ini dan mana-mana terma dan syarat Egypt Yellow Pages Limited yang bersesuaian. Jika anda mengetahui bahawa penyenaraian perniagaan anda dibekalkan oleh Egypt Yellow Pages Limited dan anda mempunyai apa-apa pertanyaan tentang perkara itu, anda boleh menghubungi mereka secara terus.
-
Penyenaraian Perniagaan Setempat Google di Arab Saudi
Apabila anda mencari penyenaraian setempat di Arab Saudi, hasil carian anda mungkin termasuk kandungan (termasuk penyenaraian perniagaan dan maklumat berkaitan) yang dibekalkan oleh Al Wahda Express Saudi Arabia (www.daleeli.com). Hak harta intelek dalam kandungan ini dimiliki oleh Al Wahda Express Saudi Arabia atau pemberi lesennya dan hanya boleh digunakan menurut Syarat Perkhidmatan ini dan mana-mana terma dan syarat Al Wahda Express Saudi Arabia yang bersesuaian. Jika anda mengetahui bahawa penyenaraian perniagaan anda dibekalkan oleh Al Wahda Express Saudi Arabia dan anda mempunyai apa-apa pertanyaan tentang perkara itu, anda boleh menghubungi mereka secara terus.
-
Penyenaraian Perniagaan Setempat Google di Bulgaria
Apabila anda mencari penyenaraian setempat di Bulgaria, hasil carian anda mungkin termasuk kandungan (termasuk penyenaraian perniagaan dan maklumat berkaitan) yang dibekalkan oleh New Europe Directories Bulgaria EOOD (www.goldenpages.bg). Hak harta intelek dalam kandungan ini dimiliki oleh New Europe Directories Bulgaria EOOD atau pemberi lesennya dan hanya boleh digunakan menurut Syarat Perkhidmatan ini dan mana-mana terma dan syarat New Europe Directories Bulgaria EOOD yang bersesuaian. Jika anda mengetahui bahawa penyenaraian perniagaan anda dibekalkan oleh New Europe Directories Bulgaria EOOD dan anda mempunyai apa-apa pertanyaan tentang perkara itu, anda boleh menghubungi mereka secara terus.
-
Penyenaraian Perniagaan Setempat Google di Itali
Apabila anda mencari penyenaraian setempat di Itali, hasil carian anda mungkin termasuk kandungan (termasuk penyenaraian perniagaan dan maklumat berkaitan) yang dibekalkan oleh SEAT Pagine Gialle SPA (www.paginegialle.it). Hak harta intelek dalam kandungan ini dimiliki oleh SEAT Pagine Gialle SPA atau pemberi lesennya dan hanya boleh digunakan menurut Syarat Perkhidmatan ini dan mana-mana terma dan syarat SEAT Pagine Gialle SPA yang bersesuaian. Jika anda mengetahui bahawa penyenaraian perniagaan anda dibekalkan oleh SEAT Pagine Gialle SPA dan anda mempunyai apa-apa pertanyaan tentang perkara itu, anda boleh menghubungi mereka secara terus.
-
Penyenaraian Perniagaan Setempat Google di Republik Ireland
Apabila anda mencari penyenaraian setempat di Itali, hasil carian anda mungkin termasuk kandungan (termasuk penyenaraian perniagaan dan maklumat berkaitan) yang dibekalkan oleh Central Index (www.centralindex.com) dan YourLocal.ie, yang merupakan nama dagangan untuk Touch Local Ltd. Hak harta intelek dalam kandungan ini dimiliki oleh Touch Local Ltd atau pemberi lesennya dan hanya boleh digunakan menurut Syarat Perkhidmatan ini dan mana-mana terma dan syarat Touch Local Ltd yang bersesuaian. Jika anda mengetahui bahawa penyenaraian perniagaan anda dibekalkan oleh Touch Local Ltd dan anda mempunyai apa-apa pertanyaan tentang perkara itu, anda boleh menghubungi mereka secara terus.
-
Penyenaraian Perniagaan Setempat Google di Republik Czech
Apabila anda mencari penyenaraian setempat di Republik Czech, hasil carian anda mungkin termasuk kandungan (termasuk penyenaraian perniagaan dan maklumat berkaitan) yang dibekalkan oleh Zlaté Stránsky (ZlateStransky.cz). Hak harta intelek dalam kandungan ini dimiliki oleh Zlaté Stránsky atau pemberi lesennya dan hanya boleh digunakan menurut Syarat Perkhidmatan ini dan mana-mana terma dan syarat Zlaté Stránsky yang bersesuaian. Jika anda mengetahui bahawa penyenaraian perniagaan anda dibekalkan oleh Zlaté Stránsky dan anda mempunyai apa-apa pertanyaan tentang perkara itu, anda boleh terus menghubungi mereka.
-
Penyenaraian Perniagaan Setempat Google di India
Apabila anda mencari penyenaraian setempat di India, hasil carian anda mungkin termasuk kandungan (termasuk penyenaraian perniagaan dan maklumat berkaitan) yang dibekalkan oleh INFOMEDIA Yellow Pages (www.yellowpages.co.in) dan/atau IndiaCom (www.indiacom.com). Hak harta intelek dalam kandungan ini dimiliki oleh INFOMEDIA Yellow Pages atau IndiaCom (jika bersesuaian) atau pemberi lesennya dan hanya boleh digunakan menurut Syarat Perkhidmatan ini dan mana-mana terma dan syarat INFOMEDIA Yellow Pages atau IndiaCom (jika bersesuaian) yang bersesuaian. Jika anda mengetahui bahawa penyenaraian perniagaan anda dibekalkan oleh INFOMEDIA Yellow Pages atau IndiaCom (jika bersesuaian) dan anda mempunyai a-apa pertanyaan tentang perkara itu, anda boleh terus menghubungi mereka.
-
Penyenaraian Perniagaan Setempat Google di New Zealand
Apabila anda mencari penyenaraian setempat di New Zealand, hasil carian anda mungkin termasuk kandungan (termasuk penyenaraian perniagaan dan maklumat berkaitan) yang dibekalkan oleh Finda. Hak harta intelek dalam kandungan ini dimiliki oleh Finda atau pemberi lesennya dan hanya boleh digunakan menurut Syarat Perkhidmatan ini dan mana-mana terma dan syarat Finda yang bersesuaian. Jika anda mengetahui bahawa penyenaraian perniagaan anda dibekalkan oleh Finda dan anda mempunyai apa-apa pertanyaan tentang perkara itu, anda boleh terus menghubungi mereka.
-
Penyenaraian Perniagaan Setempat Google di Slovenia
Apabila anda mencari penyenaraian setempat di Slovenia, hasil carian anda mungkin termasuk kandungan (termasuk penyenaraian perniagaan dan maklumat berkaitan) yang dibekalkan oleh Monolit informacijski sistemi d.o.o. Hak harta intelek dalam kandungan ini dimiliki oleh Monolit informacijski sistemi d.o.o. atau pemberi lesennya dan hanya boleh digunakan menurut Syarat Perkhidmatan ini dan mana-mana terma dan syarat Monolit informacijski sistemi d.o.o. yang bersesuaian. Jika anda mengetahui bahawa penyenaraian perniagaan anda dibekalkan oleh Monolit informacijski sistemi d.o.o. dan anda mempunyai apa-apa pertanyaan tentang perkara itu, anda boleh terus menghubungi mereka.
-
Penyenaraian Perniagaan Setempat Google di Taiwan
Apabila anda mencari penyenaraian setempat di Taiwan, hasil carian anda mungkin termasuk kandungan (termasuk penyenaraian perniagaan dan maklumat berkaitan) yang dibekalkan oleh HongKu Info Co. Ltd. - www.ipeen.com.tw. Hak harta intelek dalam kandungan ini dimiliki oleh HongKu Info Co. Ltd. - www.ipeen.com.tw atau pemberi lesennya dan hanya boleh digunakan menurut Syarat Perkhidmatan ini dan mana-mana terma dan syarat HongKu Info Co. Ltd. - www.ipeen.com.tw. Jika anda mengetahui bahawa penyenaraian perniagaan anda dibekalkan oleh HongKu Info Co. Ltd. - www.ipeen.com.tw dan anda mempunyai apa-apa pertanyaan tentang perkara itu, anda boleh menghubungi mereka secara terus.
-