Sebab kami menjual pengiklanan,
bukan hasil carian.
Di dunia yang segala-galanya seolah-olah boleh dijual, mengapa pengiklan tidak boleh membeli kedudukan yang lebih baik dalam hasil carian kami?
Jawapannya mudah sahaja. Kami percaya anda harus boleh mempercayai apa yang anda temui dengan menggunakan Google. Dari awal lagi, pendekatan carian kami adalah untuk memberikan jawapan dan hasil carian yang paling berkaitan kepada para pengguna kami.
Hasil carian Google mengambil kira siapa yang memaut ke halaman web serta sejauh mana kandungan di halaman itu berkaitan dengan carian anda. Hasil carian kami mencerminkan perkara yang penting kepada komuniti dalam talian, bukan perkara yang kami atau rakan kongsi kami rasakan patut anda lihat.
Walaupun kami percaya iklan yang berkaitan turut berguna sama seperti hasil carian sebenar, kami tidak mahu sesiapa keliru tentang kedua-duanya.
Setiap iklan di Google ditandai dengan jelas dan berbeza daripada hasil carian yang sebenar. Walaupun pengiklan boleh membayar lebih mahal supaya dipaparkan lebih tinggi dalam kawasan pengiklanan, tiada sesiapapun boleh membeli perletakan yang lebih baik dalam hasil carian itu sendiri. Lagipun, iklan hanya dipaparkan jika didapati berkaitan dengan istilah carian yang anda masukkan. Ini bermakna anda hanya melihat iklan yang benar-benar berguna.
Sesetengah perkhidmatan dalam talian tidak percaya tentang kepentingan perbezaan antara hasil carian dan pengiklanan.
Tetapi kami percaya.