Cara Autori merevolusikan penyelenggaraan jalan merentas Finland, satu imej Street View pada satu masa.

Kualiti permukaan jalan, papan tanda yang lapuk dan jalan tanpa lampu menjadi kesukaran harian untuk pemandu dan majlis perbandaran di seluruh dunia. Tetapi Autori, sebuah syarikat perisian Finland yang membangunkan penyelesaian untuk penyelenggaraan infrastruktur, telah menemukan cara untuk mengumpulkan dan menganalisis data peringkat jalan dengan lebih berkesan melalui Google Maps Street View.

40,000 km

mengambil gambar

8 juta

Imej diterbitkan

50 juta

paparan

data jalan

20

projek perakaman

Melancarkan pengurusan penyelenggaraan jalan di Finland

Diasaskan pada tahun 1988, Autori menyediakan penyelesaian Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) untuk pihak berkuasa jalan Finland, kontraktor dan perunding pihak ketiga untuk pengurusan keadaan, perancangan tindakan serta koordinasi penyelenggaraan. Pemantauan keadaan jalan di seluruh negara memerlukan banyak masa dan kos yang sangat tinggi, namun walaupun syarikat lain menyedari kos tersebut, Autori berupaya memanfaatkan peluang yang unik ini. Dengan menggunakan imej Street View dan penyelesaian SaaS sendiri, mereka telah mewujudkan satu alat untuk pengurusan data infrastruktur penyelenggaraan jalan dan pembuatan keputusan yang lebih baik di Finland.

Keperluan untuk kelajuan dan perkongsian data

Secara tradisionalnya, pihak berkuasa jalan perlu melawat setiap jalan secara fizikal untuk mengetahui kerja yang perlu dilakukan di lokasi tertentu. Perkara ini bermakna mereka perlu memandu beribu-ribu kilometer dan berhenti beberapa kali untuk mencatat nota. Bukan sahaja perkara ini tidak baik terhadap alam sekitar, malah mahal, melibat banyak sumber dan amat memakan masa. Oleh yang demikian, keperluan pendigitalan dan penyelesaian yang lebih mesra alam sekitar membolehkan Autori memikirkan penyelesaian yang luar biasa. Hasilnya, Street View merupakan penyelesaian visualisasi peringkat jalan yang pertama yang dipertimbangkan.

 

Usaha mengikuti perkembangan penyenggaraan jalan memerlukan perkongsian data yang banyak dengan pelbagai pihak. Street View mempunyai semua alat yang diperlukan untuk memudahkan lagi perkongsian data antara pengguna - data ini tersedia kepada semua orang yang mempunyai telefon pintar dan tidak memerlukan apa-apa log masuk atau pemasangan perisian. Walaupun Street View pernah digunakan untuk penyenggaraan jalan sebelum ini, cabaran terbesar adalah untuk memastikan data sentiasa dikemaskinikan. Kami dapati ada peluang untuk membetulkan masalah tersebut melalui penyepaduan Street View dengan perisian penyenggaraan jalan kami.

-

Ari Immonen, Ketua divisyen Perundingan Pendigitalan di Autori

 

Google Street View Autori memetakan jalan raya Finland

Gabungan dalam talian dan luar talian untuk keselamatan jalan

Pada awal tahun 2017, Autori mula menangkap gambar dan memuat naik imejan 360 jalan negeri di Finland, menggunakan Google Account syarikat mereka untuk menerbitkan imej tersebut. Sejak dari itu, mereka telah menjelajah 40,000 km jalan negeri dan memuat naik 8 juta imej, sekali gus membawa pengurusan penyenggaraan jalan ke dalam talian. Melalui penyepaduan Street View dengan penyelesaian SaaS, mereka telah memudahkan pihak berkuasa jalan mengakses maklumat aset jalan yang terkini dari jauh.

Hasil daripada imejan yang telah diterbitkan oleh Autori ke Street View, laporan tentang papan tanda, penanda yang hilang atau lubang-lubang di jalan boleh dimuat naik dan ditandai untuk diperiksa oleh pihak berkuasa yang berkaitan dari pejabat mereka menerusi papan pemuka Autori. Dengan memberikan penyelesaian yang boleh disesuaikan, Autori turut membenarkan kontraktor menjejak dan merancang kerja penyenggaraan yang berkaitan di satu tempat. Apabila kerja penyenggaraan selesai, imej 360 baharu kawasan tersebut diambil dan dimuat naik oleh pekerja untuk memastikan data jalan tersebut dikemaskinikan. Perkara ini telah mengurangkan keperluan melawat tapak fizikal untuk pemeriksaan - menjimatkan masa, wang dan pengeluaran gas rumah hijau.

Merevolusikan keselamatan jalan di semua tempat

Street View membolehkan Autori meningkatkan perkongsian maklumat dan kesedaran situasi untuk pihak berkuasa jalan di Finland, yang kemudiannya pula dapat mengurangkan kos serta meningkatkan kecekapan. Dengan mengiktiraf potensi kesan positif perkara ini di seluruh dunia, Autori kini sedang mengusahakan model yang standard untuk mengumpulkan dan berkongsi data jalan pada masa depan. Mereka juga membantu penduduk tempatan mengurangkan jejak karbon mereka dengan menangkap foto 1,000 km jalan basikal dan laluan pejalan kaki. Pengguna kini boleh mengakses data terkini dan melakukan perjalanan pendek melalui cara yang lebih mesra alam. Selain itu, mereka akan kembali memetakan jalan pada musim panas ini untuk mengumpulkan foto bagi 15,000 km lagi di Finland. Hasilnya, mereka akan mencatatkan usaha menangkap gambar dan menerbitkan hampir separuh daripada semua jalan negeri di negara itu pada Street View.

Kejayaan Autori merupakan salah satu contoh daripada pelbagai cara unik penggunaan Street View oleh perniagaan untuk menyelesaikan masalah yang kompleks. Alat ini bukan sekadar alat pemetaan foto kerana fungsinya dapat memberikan manfaat yang tidak terhingga kepada perniagaan anda. Adakah anda bersedia untuk menulis kisah kejayaan Street View anda sendiri?

DISIARKAN DALAM:

Pemetaan & Pendigitalan

Kongsi imejan Street View anda sendiri